Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas. Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Haram sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November. Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Haram seperti P"Gay"R dan DAPig, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga.
Apakah disebabkan tindakan Ambiga menyebabkan Nik Aziz Nik Mat semalam terpaksa mengeluarkan "fatwa" bahawa kehadiran (ahli-ahli PAS) ke Himpunan BERSIH 3.0 adalah wajib! Mursyidul Am PAS itu berkata hadir ke perhimpunan BERSIH ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam. "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu semalam. Cumanya, kita nak tanya promosi golongan LGBT berlandaskan Islam ke Tok Guru? Memperjuangkan hak LGBT sekarang sudah menjadi wadah perjuangan PAS?

No comments:
Post a Comment